Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Wednesday, April 29, 2009

Kejohanan Bola Sepak MSSM Peringkat Negeri Sabah!

Tahniah diucapkan kepada Joebernius Jainal, Tingkatan 5 Tertib kerana telah terpilih ke Kejohanan Bola Sepak Lelaki 18TKB MSSM Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung pada 20-26 April 2009 di Tawau. Keputusannya, menang 2-1 dengan Tenggara dan tewas 1-3 kepada Utara. Maka dengan itu, Barat gagal ke separuh akhir. Namun begitu, Pasukan Zon Barat berjaya merangkul Juara Keseluruhan Kejohanan Bola Sepak MSSM Peringkat Negeri Sabah kerana 12 Tkb lelaki dan 15Tkb lelaki berjaya mendapat johan mengikut kiraan mata round robin. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemain Zon Barat!!
Blogger terlibat sebagai Jurulatih 18TKB Lelaki Zon Barat.....

Sunday, April 12, 2009

Senarai pemain bolasepak 15TKB dan 18TKB ke MSSM Bahagian Barat!

Tahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar Maktab Sabah kerana telah terpilih mewakili Daerah Kota Kinabalu ke Pertandingan Bola Sepak Bawah 15TKB Lelaki dan 18 TKB Lelaki yang akan diadakan di Kota Kinabalu(18TKB) dan Ranau (15TKB) pada 13 & 14 April (18TKB) dan 13 hingga 16 April(15TKB).
Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian pelajar tersebut iaitu:
1. Joebernius Jainal - 5T
2. Aze Ezrie Mat Jaleh - 5B
3. Melvin Isip - 3B
4. Marcellinus Jesie Francis - 2M
5. Mohd Nizam Fitri Judas - 2B

Semoga terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Monday, April 6, 2009

Terima Kasih!

Kami dari Unit Sukan mengucapkan selamat berjaya kepada Drs Hamid..... Semoga success selalu.

Sunday, April 5, 2009

Kejohanan Bola Sepak Lelaki 15TKB MSSD Kota Kinabalu 2009!




Tahniah diucapkan kepada para pemain bawah 15TKB Lelaki Maktab Sabah kerana mendapat tempat ke-4 dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Kota Kinabalu 2009. Walaupun menjadi Johan Kumpulan B dan mengalahkan SMK Kolombong 3-1 di peringkat suku akhir, namun Maktab Sabah terpaksa akur apabila tewas tipis 0-1 kepada SMK Inanam di peringkat Separuh Akhir. Perebutan tempat ke-3 dan 4 di antara Maktab Sabah dan SMK Bandaraya juga menyaksikan bekas juara 2008 iaitu SMK Bandaraya menang tipis 3-2 ke atas Maktab Sabah. Para pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila berjaya menjaringkan dua gol untuk mengejar SMK Bandaraya yang telah pun mendahului tiga jaringan. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan Maktab Sabah apabila kedudukan jaringan kekal sehingga ke wisel penamat.

Berikut adalah senarai pemain Bolasepak 15TKB Lelaki.
01 MOHAMAD AFIQ MUSTAQIM MAZLAN
02 KHAIRUL AZRI B. AWANG
03 MOHD RAZMIL SUGIONOH
04 MOHD ISRAQ MAIDIN
05 ERVIE VYVIAN JAMES
06 IDZNI DZAKIYY MOHAMAD
07 KELVIN ISIP
08 MARCELLINUS JESIE FRANCIS
09 MELVIN ISIP
10 JAHMAD FREE
11 MOHD ZUHAIRI HAMZI ABD SAHID
12 MOHD NIZAM FITRI JUDAS
13 ABDUL FAIZ HANNAN IBRAHIM
14 DATU AZRI MOHAMMED YUSOF
15 MOHD SHUKRI BIN RUSLY
16 MOHD HAFIZUDDIN HAZIQ AZMAN
17 MOHAMED ZHARFAN MURSIDI
18 MOHD ALWIE MOHD ZAINIE
19 WILMER WILFREDOLINE
Tahniah sekali lagi dan diharap para pelajar dapat bersedia untuk Kejohanan Bola Sepak Sukan Sekolah-sekolah Premier 2009 yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Followers