Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Tuesday, March 24, 2009

Jadual Bertugas Unit-Unit Beruniform!!

Unit Bertugas - Karate Do (En Wan Md Nor) 25/03/2009 (Rabu)
~Perhimpunan Ringkas Unit-unit Beruniform Setiap Hari Rabu 0640 - 0700.
~ Guru Penasihat yang bertugas haruslah memastikan PA sistem dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
~ Pelajar bertugas diberitahu awal dan dicatatkan dalam buku perhimpunan.
Sila semak jadual bertugas yang telah diedarkan. Terima kasih.

Pemain Bola Sepak Lelaki 15TKB dan 18TKB

Semua pelajar yang terlibat diwajibkan untuk turun latihan seperti maklumat dibawah!

Tarikh:24/03/2009
Masa: 2.45 p.m
Tempat: Padang Maktab Sabah
Pakaian: Lengkap dengan Pakaian Sukan.

Sesi Pemilihan Terakhir untuk 15TKB.

Boost Your Performance!!

Taken from sport performance bulletin........ Please Read!!

If you have ever wondered how some athletes, having competed for years, suddenly improve their performance to world class standards, you now have the answer in your hands. Inside this report you’ll find the latest training procedures used by the world’s top athletes and sports people to boost performance to international levels.

In this report: exercises guaranteed to increase your strength, stamina, fitness and speed

Your first step to boosting your performance: drop those out-of-date exercise routines
Be specific! Why selective training techniques produce better results
Exploding the myth of ‘hard training’: don’t rely on long, tough workouts to attain peak performance
Increase strength and power by altering the way your muscles are controlled by the nervous system
Improve your fitness, including your speed, endurance and work capacity, while at the same time having fun and introducing variety into your regular routine

Sunday, March 15, 2009

Selamat Bercuti!!

Kami dari unit sukan mengucapkan selamat bercuti...

Wednesday, March 4, 2009

Teladan Baik Untuk Semua Pelajar!



Video ini dirakam menggunakan telefon bimbit. Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Premier Peringkat Kebangsaan di Perlis. Berlangsung pada 20082008.... Tarikh yang hebat...hehehe..

Lagu sekolah menjadi pencetus semangat sebelum memulakan permainan.
Walaupun tewas, tetapi tapi tetap berjuang hingga ke titisan yang terakhir......
Tahniah kepada semua pemain hoki lelaki Maktab Sabah 2008. Anda Memang World...
Walaubagaimanapun, Coach Mohd Kassnizam Hj Kassim dan Guru Praktikal iaitu En Asrul Jideh layak mendapat penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana telah mengorbankan banyak masa dan tenaga bagi memantapkan pasukan hoki Maktab Sabah 2008. Guru lain yang terlibat adalah saya sendiri(blogger), En Abdul Mutalib Pie, Pn Juliah Mat Noor, Pn Arusinah Alilulla dan KTBM En Ali Lan... Syabas!

Tuesday, March 3, 2009

Penyelaras Kokurikulum 2009

Jika ada kemusykilan berhubung dengan kegiatan kokurikulum, boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada penyelaras yang berkenaan. Berikut merupakan penyelaras-penyelaras kokurikulum.
Penyelaras Unit Beruniform: En Hilary John Baptist - Bilik Unit Sukan Maktab Sabah
Penyelaras Sukan & Permainan: En Muhammad Abduhu - Bilik Guru Depan Pejabat Am
Penyelaras Kelab/Persatuan: Pn Anna Sapan - Bilik Guru Sebelah Makmal MPV

Penukaran Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan Permainan

Makluman ini ditujukan kepada semua pelajar Tingkatan 1 atau pelajar yang baru mendaftar di Maktab Sabah supaya dapat mendaftarkan diri dengan Unit Sukan. Sebarang pertukaran akan dipertimbangkan berdasarkan kepada kekosongan unit yang berkenaan.
Harap maklum.

Kemaskini Fail Unit Beruniform Anda!Segera....

Makluman ini ditujukan kepada semua pengerusi(pelajar) dan guru penasihat beruniform, kelab/persatuan dan Sukan & Permainan Maktab Sabah supaya mengemaskinikan fail anda. Ini kerana pihak pentadbir mendapati fail-fail tersebut belum dikemaskini. Ruangan(Papan Kenyataan) yang disediakan untuk setiap persatuan hendaklah diisi. Tindakan segera daripada pihak anda sangat-sangatlah diharapkan bagi melicinkan lagi pengurusan ko kurikulum kita pada tahun ini. Sebarang kemusykilan, sila hubungi penyelaras anda.
Terima kasih atas kerjasama anda.

Wakil Sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSB Barat 2009

Kejohanan Sukan OlahragaMSS Barat 2009(Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Ranau) akan di adakan pada 6-7 March 2009 di Kompleks Sukan Likas bermula jam 0630 pagi sehingga 1800 petang. Terdapat 5 orang pelajar Maktab Sabah tersenarai ke kejohanan tersebut iaitu:
1. Ken Nicol Hubert - 5 B - acara lompat jauh
2. Nicole Kelsie Justin - 5M - acara lembing
3. Ruvina Indran - 3M - acara lontar peluru
4. Shyzeddie Seriken - 3T - acara 2000M berhalangan
5. Larry Lian - 5K - acara orang Besi.. Heptathlon..
Tahniah kami ucapkan. Semoga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Mesyuarat Bola Sepak U18 Lelaki Daerah Kota Kinabalu

Mesyuarat akan diadakan seperti maklumat di bawah:
Tempat: SMK. Likas Kota Kinabalu
Tarikh: 04 March 2009
Hari: Rabu
Masa: 1330 petang.

Diharap para pengurus pasukan daerah Kota Kinabalu dapat menghadirkan diri bagi mengelak sebarang kesulitan nanti.

Info daripada SMK. Likas sebagai penganjur. Terima Kasih.

Latihan Bola Sepak!

Semua latihan bola sepak akan diteruskan selepas Ujian Setara 1. Ini bagi memberi ruang untuk pelajar membuat ulangkaji selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi akademik dan sukan. Oleh itu, para pelajar diminta menjalankan aktiviti sendiri seperti berjalan pantas, berlari dan regangan badan untuk mengekalkan kecergasan fizikal.

Followers