Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Monday, January 25, 2010

Cara Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah Oleh KPM

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PELAJARAN DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan bagi mengatasi dan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar:-

1. Kementerian Pelajaran mempunyai dasar dan program Pendidikan Pencegahan dadah yang menggariskan matlamat mencegah pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam mengujudkan sekolah yang sama sekali bebas dari dadah (drug-free school).

2. Sungguhpun Kementerian Pelajaran telah merangka perancangan yang sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah.

3. Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius.

4. Memandangkan masalah ini telah menjadi satu wabak yang serius, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih serius bagi menangani masalah ini. Di antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

4.1 Langkah Pencegahan.

      1. Kementerian Pelajaran mengarahkan semua Jabatan Pelajaran (Unit Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan dan pengawalan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi (high risk schools). Untuk melaksanakan pengawasan yang lebih efektif, Kementerian Pelajaran akan menempatkan kakitangan unit pendidikan pencegahan dadah di JPN dan PPD secara hakiki (pada masa ini jawatan ini diisi secara sandaran).
      2. Kementerian Pelajaran memperluaskan kerjasama di antara JPN, PPD dengan PIBG. PEMUAFAKATAN Briged Komuniti dan Polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.
      3. Kementerian Pelajaran mengarahkan JPN meningkatkan pemeriksaan dan penyeliaan mengejut (sport check) di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak-pihak berwajib.
      4. Melaksanakan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti oleh pihak sekolah dari golongan pelajar yang terlibat.

4.2 Langkah Pemulihan.

      1. Kementerian Pelajaran menempatkan kaunselor-kaunselor yang terlatih di semua sekolah menengah dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi.
      2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti kaunseling menerusi:-

- Kem Jayadiri,
- Program 5 minit anti dadah,
- Skim Lencana anti dadah,
- Ceramah dan Pameran anti dadah,
- Kaunseling Individu,
- Kaunseling Kelompok,
- Kaunseling Ibubapa,
- Seliaan dan kaunseling kepada kes-kes baru,
- Pendidikan Keibubapaan (Parenting Education) seperti seminar anti dadah dan seminar mengesan dan mengenal simptom penagihan.

4.3 Langkah Pengesanan.

      1. Kementerian Pelajaran sedang memperkemaskan tatacara tindakan ke atas kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Ini merangkumi peraturan bagi membolehkan sekolah mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di luar kawasan sekolah.
      2. Pihak sekolah diberi kuasa melaporkan kepada pihak pengutkuasa undang- undang jika memperolehi maklumat pelajar yang terlibat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang terlibat.
      3. Menjalankan ujian Urine ke atas pelajar-pelajar yang telah disyaki oleh pihak berkuasa.

4.4 Langkah Penyelarasan.

      1. Menyelaraskan semua tindakan pencegahan dan pemulihan dengan agensi dadah Kebangsaan.


5. Penutup.

Kejayaan membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah terletak kepada sejauh manakah penglibatan dan kesungguhan semua pihak.

Monday, January 18, 2010

Rawatan Pertolongan Cemas..Tindakan Awal!

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA
Definisi:Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
    sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
    Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
  5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  8. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
  9. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
    Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas(Luka/Pendarahan)
1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
4. Tenangkan mangsa.
5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital

Wednesday, January 13, 2010

Ketawa Untuk Awet Muda

Tips yg menarik utk dikongsi...Ketawa bukan sahaja untuk seronok, malah ia menyihatkan kamu. Ketawa juga merupakan penawar untuk merawat kemurungan. berikut merupakan manfaat ketawa. Jadi janganlah malu, ketawalah sepuas hatimu
*Ketawa Menurunkan Hormon Tekanan
Ketawa merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan. Kajian membuktikan bahawa terdapat penurunan sebanyak 10 hingga 20mm kadar tekanan selepas seseorang individu terlibat dalam 10 minit sesi ketawa.
*Ketawa Meningkatkan Sistem Imunasi
Emosi seperti resah, tertekan dan marah mampu melemahkan sistem imun tubuh. Para penyelidik telah membuktikan bahawa ketawa mampu meningkatkan penghasilan antibodi yang menguatkan sistem imun tubuh.

Tuesday, January 12, 2010

Tahniah!!



Tahniah kepada para penerbit Borneon Wings kerana telah mengeluarkan buletin edisi pertama.. Simple tapi mantap!!

Pemanasan Badan & Regangan


Memanaskan Badan dan Regangan
Dalam setiap sesi latihan aktiviti fizikal, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk;
Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan
Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah
Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda
Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan
Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan fizikal yang intensif akan bermula
Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri
Membantu melancarkan peredaran darah
Kelegaan yang akan nikmati setelah melakukannya Anda perlu pastikan agar tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 saat untuk setiap regangan. Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks ketika menahan setiap regangan.Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan. Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan. Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan, jadi tolaklah fahaman 'No Pain, No Gain' yang telah lama tersemat dalam minda, barangkali sejak anda di bangku sekolah lagi. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.

Monday, January 11, 2010

Kenangan 2009....


Para pelajar yang mewakili Maktab Sabah ke Kejohanan BolaSepak Lelaki dan Hoki (Lelaki & Perempuan), Tawau 2010......Berdiri - Joebernius,Jacky,Hockey Coach Mr Kassnizam, Soccer Coach Mr Hilary & Freddy.... Duduk - Nicole, Fatheen, Hidayah & Aniqah....

Tips Meningkatkan Daya Ingatan

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan. Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Sunday, January 10, 2010

Tips Meningkatkan Stamina

Di bawah ini ada beberapa tips untuk menjaga dan meningkatkan stamina:
1. Olahraga
Menurut James Rippe, ahli jantung merangkap Pengarah Rippe Lifestyle Institute di Shrewsbury, Massachusetts, AS, olahraga terutama jenis aerobik adalah ubat terbaik mengatasi kelelahan dan menambah tenaga. Olahraga aerobik seperti berbasikal, berenang dan lari akan memperkuat jantung sehingga lebih banyak lagi oksigen yang akan sampai ke seluruh tubuh sehingga meningkatkan efisiensi produksi tenaga.
2. Minum air lebih banyak
Kurang air adalah penyebab kelelahan. Jika tubuh kekurangan cairan, darah mengental. Akibatnya aliran darah jadi lambat dan perlukan waktu lebih bagi sel tubuh untuk mendapatkan oksigen.
3. Makan sedikit, tetapi selalu
Makan sedikit makanan yang seimbang, tetapi sering. Makanan yang berkarbohidrat banyak menyebabkan gula darah meningkat. Ini membuat lebih banyak insulin yang dikeluarkan tubuh. Keadaan ini akan menyebabkan terlalu banyak gula darah dihantar ke sel otot untuk disimpan. Inilah penyebab kepada kelelahan.
4. Suplemen vitamin, mineral dan asam lemak omega 3
Dr. Roberta Lee, Pengarah Continuum Center for Health and Healing di Beth Israel Medical Center, New York AS, menyarankan makanan multivitamin dan mineral untuk pesakit yang kelelahan. Mengapa? Vitamin antioksidan membantu tubuh meneutralkan kerosakan dalam sel kerana serangan radikal bebas. Mineral menyokong hati dan ginjal dalam melakukan kerja detoksifikasi tubuh. Asam lemak omega 3 membantu kerja setiap sel tubuh agar berjalan lancar.
5. Ubah rutin
Contohnya, cuba dengarkan jenis musik baru, tempuh rutin baru ke pejabat, atau sembang dengan orang baru.
6. Beri priority
Buat daftar hal paling penting dalam hidup, apa yang ingin Anda lakukan. Melakukan hal yang tak diinginkan, kata Tony Schwartz, pengarang buku The Power of full Engagement, akan menghabiskan tenaga.
7. Istirahat sejenak
Manusia sudah diprogram oleh yang Maha Kuasa untuk bergerak antara menghabiskan dan menghasilkan tenaga. Pergerakan berlangsung selama 90-120 menit, selama waktu kelelahan. Istirahatlah beberapa minit untuk memulihkan tenaga.

Thursday, January 7, 2010

Sports Unit Virtual Office 2010...

070110 merupakan tarikh keramat bagi Unit Sukan Maktab Sabah. Ke arah menjadikan sekolah "Virtual Office" Unit Sukan tidak ketinggalan dalam arus teknologi berkongsi kemudahan rangkaian internet. Kini, Unit Sukan boleh berkongsi maklumat mengenai Ko-Kurikulum Maktab Sabah.... Terima kasih kepada Cikgu Sahibil, Cikgu Kassnizam & En Lamboy kerana sanggup meluangkan masa bersama-sama dengan blogger memasang rangkaian ini.... Semoga misi kita menjadi Maktab Sabah Virtual Office akan tercapai....... Always No.1....
* Mungkin stor sekolah pertama yang ada rangkaian internet berbanding mana-mana sekolah? Fikir-fikirkanlah....To be the 1st is always difficult if you have no efforts to go for it!!!

Monday, January 4, 2010

Welcomes 2010....

Tahun 2010 diharap menjadi tuah bagi Skuad BolaSepak Maktab Sabah untuk menjuarai 15 Tahun Ke bawah Lelaki dan masuk ke separuh akhir bagi 18 tahun lelaki..... Latihan akan diadakan pada masa yang akan ditentukan kelak...harap semua pemain bersedia......

Followers