Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Monday, January 25, 2010

Cara Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah Oleh KPM

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PELAJARAN DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan bagi mengatasi dan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar:-

1. Kementerian Pelajaran mempunyai dasar dan program Pendidikan Pencegahan dadah yang menggariskan matlamat mencegah pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam mengujudkan sekolah yang sama sekali bebas dari dadah (drug-free school).

2. Sungguhpun Kementerian Pelajaran telah merangka perancangan yang sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah.

3. Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius.

4. Memandangkan masalah ini telah menjadi satu wabak yang serius, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih serius bagi menangani masalah ini. Di antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

4.1 Langkah Pencegahan.

      1. Kementerian Pelajaran mengarahkan semua Jabatan Pelajaran (Unit Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan dan pengawalan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi (high risk schools). Untuk melaksanakan pengawasan yang lebih efektif, Kementerian Pelajaran akan menempatkan kakitangan unit pendidikan pencegahan dadah di JPN dan PPD secara hakiki (pada masa ini jawatan ini diisi secara sandaran).
      2. Kementerian Pelajaran memperluaskan kerjasama di antara JPN, PPD dengan PIBG. PEMUAFAKATAN Briged Komuniti dan Polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.
      3. Kementerian Pelajaran mengarahkan JPN meningkatkan pemeriksaan dan penyeliaan mengejut (sport check) di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak-pihak berwajib.
      4. Melaksanakan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti oleh pihak sekolah dari golongan pelajar yang terlibat.

4.2 Langkah Pemulihan.

      1. Kementerian Pelajaran menempatkan kaunselor-kaunselor yang terlatih di semua sekolah menengah dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi.
      2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti kaunseling menerusi:-

- Kem Jayadiri,
- Program 5 minit anti dadah,
- Skim Lencana anti dadah,
- Ceramah dan Pameran anti dadah,
- Kaunseling Individu,
- Kaunseling Kelompok,
- Kaunseling Ibubapa,
- Seliaan dan kaunseling kepada kes-kes baru,
- Pendidikan Keibubapaan (Parenting Education) seperti seminar anti dadah dan seminar mengesan dan mengenal simptom penagihan.

4.3 Langkah Pengesanan.

      1. Kementerian Pelajaran sedang memperkemaskan tatacara tindakan ke atas kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Ini merangkumi peraturan bagi membolehkan sekolah mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di luar kawasan sekolah.
      2. Pihak sekolah diberi kuasa melaporkan kepada pihak pengutkuasa undang- undang jika memperolehi maklumat pelajar yang terlibat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang terlibat.
      3. Menjalankan ujian Urine ke atas pelajar-pelajar yang telah disyaki oleh pihak berkuasa.

4.4 Langkah Penyelarasan.

      1. Menyelaraskan semua tindakan pencegahan dan pemulihan dengan agensi dadah Kebangsaan.


5. Penutup.

Kejayaan membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah terletak kepada sejauh manakah penglibatan dan kesungguhan semua pihak.

No comments:

Post a Comment

Hot News..Glory...Glory United!

Loading...

Followers

Fish