Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Sunday, February 7, 2010

Jadilah Orang Yang Aktif...

Makan Makanan Tinggi Serat
Diet yang tinggi serat atau 'fiber' memberikan kebaikan kepada diri malah mengelakkan 'constipation', mengurangkan risiko kepada jenis-jenis kanser, merendahkan kolestrol, mengelakkan risiko penyakit koronari, pengawalan darah tinggi, mengurangkan risiko jenis diabetes dan juga mengurangkan risiko obesiti. Umur yang pelbagai dan juga jantina memperolehi 28 ke 30 gram serat sehari adalah permulaan yang baik. Ambil masa beberapa hari untuk mengira kandungan serat yang kita ambil.

Ambil Makanan Lemak Sihat
Secara asasnya, ia adalah lemak dari ikan, mentega dan kekacang, kacang hazel, kacang walnut dan juga telur ayam (lebih sesuai telur ayam kampung kerana pemakanannya dari sumber asli). Lemak sihat mengurangkan perkara yang negatif dalam badan, memperbaiki perjalanan darah, membina sel-sel yang baik, merendahkan ketebalan arteri, mengurangkan obesiti dan juga mengelakkan risiko kanser untuk membesar.

Selalu Bersenam
Saya tidak bermaksud untuk anda pergi ke gim. Namun, cukuplah sekadar melalukan senaman yang menyeronokkan. Berjalan-jalanlah di taman dan lihatlah bunga yang mekar serta pepohon hijau. Sertai pasukan sukan seperti futsal atau apa sahaja yang anda boleh lakukan serta minat. Lakukan renggangan setiap hari. Hanya lakukan gerakan. Yakinlah yang mana badan anda akan turut suka dan ia pasti menyeronokkan.

Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Biasanya ia digelar "Makanan putih". Makanan yang anda rasakan berwarna putih (tepung gandum, gula, gula-gula) adalah tidak bagus untuk anda. Kurangkan memakan nasi yang berlebihan. Saya bukan sahaja berkata mengenai tentang mengurangkan berat atau mengawal kalori. Karbohidrat berlebihan sebenarnya akan menyebabkan kesihatan diri akan berkurangan.

Tidur 7 ke 8 Jam Sehari
Tidur yang kurang akan menyebabkan kurangnya daya imun dalam badan, menambahkan berat badan, kemurungan, tekanan dan juga banyak lagi penyakit yang terarah kepada badan. Kepada anda yang bekerja shift ia adalah lebih penting untuk mengatur masa tidur dan ambil masa tidur dengan secukupnya. Jangan makan 2 jam sebelum tidur, menonton televisyen hingga tertidur dan lain-lain lagi amalan buruk.

Ambil Makanan Tambahan, supplements
Ia adalah penting untuk kita semua terutamanya orang dewasa untul mengambil vitamin setiap hari kerana kurangnya nutrisi dalam makanan kita, banyaknya makanan bertin dan juga makanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Kekurangan kita dalam mendapatkan nutrisi seperti magnesium, vitamin D dan zink perlu dititikberatkan. Perkara lain adalah vitamin C dan juga kalsium.

Kurangkan Stress
Jika anda mempunyai hidup yang tertekan atau dikenali sebagai stres, saranan saya adalah memasukkan dalam seharian kita untuk mengambil ketenangan. Ianya boleh berlaku dalam kereta, bilik air malah ketika anda berjalan-jalan. Biarkan tekanan darah stabil, tenangkan minda dan fikiran, dan teruskan pemerhatian kepada perkara yang tenang dan bebaskan pemikiran yang 'tidak sihat'. Lakukan perkara ini 2 ke 3 kali dalam sehari, terutamanya sejurus anda bangun dan sebelum anda tidur.

Jadi Contoh Kepada Kanak-Kanak
Jadilah contoh yang terbaik kepada kanak-kanak dengan kesihatan cara sebenar. Jangan berikan penghargaan kepada mereka dengan gula-gula. Hargai dengan masa, pembacaan, kasih sayang dan juga perhatian. Tunjukkan sifat yang sihat di mana-mana sahaja. Jadilah sebagai seorang mentor mahupun role model. Percayalah, ia akan memberikan impak yang sangat hebat.

Makan Sarapan Pagi
Pemakanan sarapan yang sihat seperti telur separuh masak, roti dan juga yang bernutrisi seperti oat dan lain-lain membantu menghilangkan rasa lapar, kandunag gula dan mekan makanan yang sihar setiap hari. Makan sarapan bukan sahaja mengenyangkan badan malah memberikan kesiharan fizikan dan mengelakkan penyakit.

Cari Minat Yang Baik
Saya percaya yang mana kita sendiri mempunyai minat yang baik dan memberikan manfaat. Ia membuktikan ekspresi yang kita sendiri tunjuk dan pamerkan. Semua ini perlu diambil kira. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan seronok. Ianya seperti melukis, bersukan dan lain-lain lagi.

Berikan Cabaran Kepada Diri Sendiri
Apakah perkara yang anda mahukan dalam hidup? Adakah anda telah memikirkannya? Adakah ianya bercuti? Memenuhi impian yang besar? Membaca buku baru yang tebal? Lakukan sedikit perubahan kepada diri dari keadaan zon yang selesa untuk membuatkan hidup kita menjadi lebih menarik dan berharga. Lakukan sehingga anda mendapat landasan kejayaan sebenar.

Lakukan Perkara Yang Menyeronokkan
Bagaimana anda melakukan perkara yang menyeronokkan? Adakah ianya memberikan cabaran kepada anda? perkara sebegini akan membuka ruang kepada tenaga kreativiti dan inovasi. Apakah bahagian dalam hidup anda yang dirasakan keliru dan tidak terkawal pada ketika ini? Dalam mencipta kehidupan yang stabil, anda juga akan membuka ruang baru kepada cabaran dan juga penciptaan perkara baru.

Bersosial Secara Sihat
Sistem kepercayaan yang kita bina adalah berkaitan dengan pengaruh orang sekeliling. Siapa orang yang dalam hidup anda yang menyokong kepercayaan anda? Siapa dalam hidup anda yang menggerakkan malah kejayaan dalam emosi, kewangan, spiritual dan juga fizikan? Berapa lama masa yang anda gunakan untuk bersama-sama dengan mereka? Jika lingkungan anda adalah sahabat yang kerja selalu dengan anda, mungkin inilah masanya untuk lebih terbuka dan meluaskan lingkungan persahabatan anda. Cari sahabat baru dan warnakan persahabatan dengan perkara yang menyeronokkan. Pilih sahabat yang menyayangi dan menyokong anda yang berkongsi kata-kata yang positif dan juga bersahabat dengan yang lain.

Selalukan Ketawa dan Bergembira
Bilakah kali terakhir anda ketawa? Jika sudah lama, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk mencerahkan diri. Bukankah ketawa mengubat duka dan menghapuskan tekanan. Cari peluang untuk ketawa. Buatlah keluarga dan sahabat anda ketawa. Apabila bersama sahabat, ambil masa untuk ketawa bersama-sama. Ia lebih menyeronokkan dan memeriahkan hidup.

Memberi
Saya berkata dari segi keseukarelaan iaitu antara sifat yang mulia sepertinya membantu orang yang susah, memberi derma yang mana akan memberikan kebaikan dan manfaat, keamananan serta kasih sayang kepada dunia umumnya. Ini adalah beberapa sebab dan kebaikannya; mendapat sahabat baru, membina keyakinan diri, melihat kepada komuniti dan juga dunia realiti, mendapat skil dan pengalaman yang hebat, menghilangkan stres, menghilangkan rasa bosan, memberikan kelainan kepada dunia malah memberikan keseronokan kepada diri. Ianya benar-benar memberikan ketenangan dengan memberi, menyayangi insan lain dalam erti kata memperbaiki duni sekeliling dalam pelbagai aspek kehidupan.

Lakukan dan aplikasikan konsep ini dalam hidup anda. Cari satu cara walaupun kecil untuk membuatkan dunia lebih baik mulai hari ini. Jika kita sama-sama melakukannya, kita akan membina kesihatan, cara hidup yang lebih baik, rasa cinta dan juga keseronokan.

Jadilah sebahagian dari orang yang aktif mulai hari ini!

Sumber daripada:Helmi Suhaimi

7 Tips Motivasi!

Tips Motivasi....
1. Kekalkan imej kejayaan
2. Dekati sahabat yang bernilai positif
3. Jauhi sahabat yang bernilai negatif
4. Mulakan dengan api yang kecil
5. Lakonkan watak kejayaan
6. Kurangkan tekanan perasaaan
7. Doa

Semoga berjaya...

Followers