Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Wednesday, September 1, 2010

Rentetan Pencapaian Bolasepak 2007-2010

Bersama kita membina keunggulan Bola Sepak Maktab Sabah.... Percayalah setiap titisan peluh dan pengorbanan yang anda lakukan untuk skuad ini pasti ada balasannya.....

Dalam mencipta kejayaan terutamanya apa yang kita inginkan (impian) kita hendak berusaha dan berusaha. Namun, rasa yakin dan percaya perlu wujud dalam diri. Ini kerana jika sesuatu pekerjaan yang tidak disulami dengan kepercayaan yang mendalam pasti akan sentiasa merasa resah dan keliru.

Pasti sekali sekala kita akan berkata-kata sendiri di benak sanubari hati kita, "Mampukah aku melakukannya?". "Bagaimana jika aku tewas di tengah jalan? Pasti sia-sia sahaja usaha aku."

Rasa hati begini pasti akan menjadikan perasaan ragu-ragu dalam setiap apa yang ingin dilakukan. Ia akan menjejaskan perjalanan ke arah kejayaan. Kualiti kerja juga akan berkurangan. Ini kerana kata-kata memainkan peranan penting dalam mendidik rasa percaya. Tanpa kepercayaan yang teguh menjadikan tugas yang ingin dilaksanakan demi menggapai impian menyebabkan timbul perasaan yang tidak patut ada iaitu 'Malas'.

Pada 16 Mei 2009, Manchester United (MU) telah menjuarai English Premier League (EPL) tiga kali berturut-turut sejak musim 2006/2007, 2007/2008 dan terkini 2008/2009. Walaupun biasanya permulaan musim permainan MU agak hambar dengan keputusan seri sahaja, tetapi mereka tetap percaya dengan cara permainan mereka.

Falsafah mereka hanya satu patah perkataan iaitu, 'BELIEVE' yang membawa maksud PERCAYA. Mereka percaya mereka boleh melakukan dengan menggapai kemenangan demi kemenangan. Tiada rasa gentar dengan pihak lawan yang mendahului mereka. Mereka pasti akan berjuang dengan bersungguh-sungguh.

Jika mereka kalah atau gagal mereka akan terus berusaha demi kejayaan yang mereka idam-idamkan. Mereka percaya apa yang mereka idamkan pasti akan terbukti dan tercapai menjadi realiti jika mereka terus PERCAYA dan BERUSAHA dengan sebenar-benarnya.

Setiap pemain dan juga pihak pengurusan diterapkan dengan rasa percaya yang tinggi serta semangat juang yang berterusan. Ini membawa kepada rasa diri dan semangat yang POSITIF. Ditegaskan di mana-mana mereka mampu menjadi pasukan yang berjaya di setiap perlawanan yang ditempuhi.

Komitmen yang teguh dan kuat ditunjukkan dalam setiap perlawanan. Pembuktian yang mana mereka adalah pasukan terkuat dan digeruni dipamerkan dengan semangat serta skill individu mahupun sepasukan. Mereka percaya dengan kebolehan setiap pemain dengan hanya satu tujuan iaitu MENCIPTA KEJAYAAN BERTERUSAN.

Di dalam Islam sendiri amat menitikberatkan konsep percaya kepada pelbagai aspek. Kita percaya satu hari nanti kita akan bertemu ALLAH. Namun kita perlu berusaha dengan keimanan dan ketakwaan yang teguh melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan sebaik-baiknya dan berusaha berterusan mendapatkan kasih ALLAH. Jika kita hanya percaya tanpa usaha dan perlaksanaan, pembuktian pasti tidak akan menjadi realiti.

Realiti kehidupan untuk masing-masing mahukan bahagia. Tiada siapa mahukan kesusahan. Percaya dan usaha pasti mampu menjaikan realiti terhidang di depan mata. Dalam konsep CINTA, kita percaya yang mana jodoh telah ditetapkan ALLAH. Tetapi sekadar percaya tanpa berusaha demi dipertemukan jodoh menunjukkan kita tidak menunjukkan kesungguhan dalam mempertemukan diri dengan jodoh.

Di sini, jelaslah bahawa setiap perkara diperlukan untuk percaya demi usaha yang dijalankan akan membuahkan hasil yang diingini. Dengan percaya, kesungguhan dalam impian pasti terlaksana.

Percayalah, setiap impian yang diusahakan dengan sungguh-sungguh pasti berjaya!


Karier Bola Sepak Sepanjang 2007-2010
Ketua Jurulatih Maktab Sabah 2007-Kini
Ketua Jurulatih Kota Kinabalu dan Barat 2009
PT Daerah KK dan Jurulatih Barat 2010


Pencapaian Tahun 2010
Skuad Elit U15
-Naib Johan MSSDKK
-Naib Johan 5 Penjuru Futsal
-Suku Akhir 9 's Anjuran Beverly Hills
-7 Pemain mewakili Kota Kinabalu 2010(Naib Johan); Mohd Nizam Fitri Judas, Marcellinus Jessie Francis, Matlan Hassan, Mohd Hafizuddin Haaziq, Mohd Afiq Mustaqim, Idzni Dzakiyy dan Kelvin Isip.
- 3 Pemain mewakili Barat (Naib Johan) ke Peringkat Negeri di Keningau; Mohd Nizam Fitri Judas, Marcellinus Jessie Francis dan Mohd Afiq Mustaqim
- 1 Pemain mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan di Terengganu(Suku Akhir); Mohd Nizam Fitri Judas....

Skuad Elit u18:
-Ketiga MSSD KK
-Ketiga 5 Penjuru Futsal
-Suku Akhir 9's Anjuran Beverly Fc
-2 Pemain mewakili Barat (Naib Johan); Ryn Roderick A Manson dan Izran Joseph










Pencapaian 2009

Detik mulanya kebangkitan u15 di Padang Bersejarah SMK Likas iaitu dengan mendapat tempat keempat. 3 Pemain mewakili Kota Kinabalu(Naib Johan) iaitu Melvin Isip, Mohd Nizam dan Marcellinus

U18 berjaya masuk ke Peringkat Suku Akhir, Joebernius Jainal dan Aze Ezrie Mat Jaleh mewakili Kota Kinabalu (Naib Johan). Joebernius Jainal mewakili Barat ke Peringkat negeri di Tawau(suku akhir)......







Kejohanan Sekolah-sekolah Premier Zon Sabah/WP Labuan 2009 - Naib Johan... Pemain yang berdiri di belakang terdiri (kiri-kanan) daripada Azizul, Azhan, Joebernius, Ryn,Rosdi, Azmil, Sharil dan Cikgu Mutalib.
Cikgu Hilary, pemainnya Mohd Afiq, Marcellinus, Khairul, Mujid, Aze Ezrie, Mohd Nizam Fitri, Mohd Fadil, Melvin, Syazwi dan Baharuddin
Pencapaian 2008
Kejohanan Bola sepak Sekolah-sekolah Premier Zon Sabah/WP Labuan Bawah 16 Tahun 2008 (Ke-3)- Cikgu Abd Mutalib, Joebernius, Nashreen, Nazri, Khairul, Ryn Roderick, Afefe dan Cikgu Hilary.
Aze Ezrie, Melvin Isip, Ramzan, Syazwi dan Azizul




Pencapaian 2007
Kejohanan Bolasepak Sekolah-sekolah Premier 2007 - Naib Johan....
U15 & U18 - MSSD KK - Peringkat Kumpulan

Followers