Our Professional...

You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives.

Tuesday, January 12, 2010

Pemanasan Badan & Regangan


Memanaskan Badan dan Regangan
Dalam setiap sesi latihan aktiviti fizikal, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk;
Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan
Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah
Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda
Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan
Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan fizikal yang intensif akan bermula
Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri
Membantu melancarkan peredaran darah
Kelegaan yang akan nikmati setelah melakukannya Anda perlu pastikan agar tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 saat untuk setiap regangan. Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks ketika menahan setiap regangan.Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan. Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan. Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan, jadi tolaklah fahaman 'No Pain, No Gain' yang telah lama tersemat dalam minda, barangkali sejak anda di bangku sekolah lagi. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.

1 comment:

  1. maaf, boleh tak saya nak guna maklumat dan gambar yang ada dalam blog cikgu?

    ReplyDelete

Followers